Perkara yang cukup indah dalam kehidupan ialah apabila kita ditemukan dengan seseorang yang dapat menghabiskan dan berkongsi masa bersama kita. Mungkin setiap detik, saat dan waktu Tidak kira kita berada di mana, orang tersebut sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita, walau pada saat suka dan duka. Persoalannya, pernahkah anda berdepan dengan situasi tersebut? Pada saya, apa yang saya nyatakan ini sedang saya kecapi sekarang.
Kadang-kadang saya tersenyum seorang diri apabila memikirkan pertemuan yang tak pernah diduga ini. hanya melalui perbualan telefon dan ucapan menerusi sms, hidup saya kini ditemani gelak tawa, perasaan rindu dan harapan yang tinggi menggunung. Semoga segala perasaan dan hakikat yang saya kecapi kini sentiasa mekar dan tidak berpenghujung. Amin.
Indahnya hidup!
Indahnya hidup!
No comments:
Post a Comment